Tuesday, June 20, 2017

Iftar Jami'e FB Gen7 & Hamra

Untuk pengetahuan korang yg tak tahu ape tu FB Gen 7 & Hamra, ni adalah dua 'organisasi' yang berbeza. FB Gen 7 tu stands for Food Biotech Generation 7 (budak biotech USIM) & Hamra stands for Halal Management Research Association (if I'm not mistaken). Sejarah camana dua buah organisasi ni boleh berjumpa malas plak aku nak cerita. Senang ceghita, budak FBG 7 ni ramai join Hamra lepas abis belajar. Aku ?? Aku tak join sebab application kena reject dek Hamra ni. -_-'  haha

So nak dijadikan cerita, macam biasa tiap2 tahun kami akan buat iftar jamie FB Gen7 ni kat Dataran Putrajaya. Member2 FB budak Hamra heret sekali member Hamra join iftar ni jadikan satu majlis. Apasal aku tak pernah terfikir nak buat camtu eh?? Elokkk je haaa semua boleh datang tak payah pening2 nak pi mana. Ok lah dah tahu camana nak arrange tahun depan. hehe. Even aku kawan and agak rapat jugak ngan geng Hamra ni tapi segan tu tetap ada.. Ok lah. Kali ni iftar paling best. Harap next year ade lagi..!