Friday, December 30, 2016

2016 Conclusion


Assalamualaikum!

Tanpa kita sedar, dah nak berakhir dah tahun 2016. Cepat kan masa berlalu? Banyak kenangan manis sepanjang tahun 2016 ni. Banyak sangat. Aku tak tahu nak start dari mana. haha. Ok lah kita ulas satu-satu.

1. Kerja

Of course dah jadi orang bekerjaya ni mesti la bab kerja nombor satu dalam kepala. Aku bersyukur sangat di beri rezeki oleh Allah untuk bekerja dalam bidang aku dan dapat kerja yang baik2. Aku ingat lagi masa mula-mula aku cari kerja dulu, desperate sgt nak kerja sbb rasa macam org tak berguna sangat duk umah tu. Aku doa betul2 supaya aku dapat kerja yang baik-baik, dengan orang yang baik2 dan suasana yang baik. Akhirnya alhamdulillah dapat kerja kat Nilai. Semua nya dimudahkan. Sedar tak sedar dah dua tahun lebih aku kerja sini. Jujurnya aku suka sgt dgn kerja aku sekarang dan apa yg aku ada sekarang. Banyak yang aku dah belajar kat sini. In my work and life lesson as well. Dari tak tahu apa-apa sampai la jadi orang yg berilmu jugak sikit2 dalam bidang aku ni. Aku jumpa jalan hidup aku kat sini. Jumpa potensi diri aku kat sini. At least ada something yang aku boleh buat dengan baik.

Bukan nak membongkak dan riak, tapi aku bersyukur at least aku tahu aku ada something yang aku boleh achieve dalam hidup. Kalau zaman belajar dulu, aku tak tahu apa potensi diri aku, Rasa cam tak guna je bila tengok kawan2 semua berjaya masa tu. Aku ni zero achievement. haha. Tapi walaupon aku dah okey kat sini somehow aku rasa aku kena berhijrah. Aku dah doa sungguh2 masa dapat interview kat Rawang tu, jika tempat yang baru ni lagi baik untuk aku dan  Allah lagi redha aku bekerja kat sana dari Nilai ni, biarlah aku dapat offer tu. Tapi kalau sini lagi baik biarlah aku tak dapat offer tu. Sampai camtu skali aku doa. Thats why bila aku dapat offer tu aku anggap maybe ni masa untuk aku berhijrah ke arah lebih baik. hehe. Insyallah. Dan semakin hampir masa aku meninggal kan bumi Nilai dan tempat aku bekerja sekarang. Tuhan je tahu perasaan tu macamana.  I have everything I need. I have a good job, good friends, and good life here. Entah la. Bercampur baur perasaan aku sekarang. Harap semua dimudahkan. So new year new job eyh??

2. Cinta/ Relationship

Kelakar pulak bila buat ulasan pasal ni. Sebab benda ni complicated. Yeah dan dengan bangganya aku umumkan yang 2016 diakhiri dengan status kekal single.. YEAYYY tepuk tangan sikit kawan2! haha. Bukan tak nak cari pasangan, tapi masalahnya aku tak tahu nak cari camana. Hmm ada la 2-3 orang yang nak kenal tapi aku pulak rasa mcm org2 tu tak sesuai ngan aku. Ada la perangai2 diorang yang aku rasa mmg aku tak leh terima. Yg mcm psiko pon ada. Tempat kerja aku pulak sape je ada, Company kecik and kawan sepejabat pon ramai perempuan. Yang laki ada la India Bangla Indon. hah amik.. Mau  nye pengsan mak aku.

Hmmm, to be honest aku ada tersuka someone pada tahun ni. Aku pon tak sangka boleh terjatuh hati kat dia. Entah camana perasaan tu datang sendiri. Padahal sebelum ni suka sebagai kawan je takder la nak lebih-lebih. Cuma sedih sikit bila aku dah tersuka tapi tiba-tiba dapat tahu dia dah berpunya. Ehehehe. Nak kata frust tu takder la frust sangat sebab aku dah agak dah orang macam dia mesti dah ada someone.  Aku just doakan kebahagiaan dia. Nampak macam baik je pilihan hati dia tu. Tunggu lah nanti ada Prince Charming yang lain datang nak kawen ngan aku. Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita semua. Tu je aku yakin, Insyallah ada la tu jodoh nya. Takyah risau sgt walaupon aku risau jugak ni. kah3. Umur bukan makin muda.. Nasib baik mak aku tak bising. Dia serahkan semua pada aku.  Terima kasih ma, :)

3. Aktiviti/Hobi

Kalo orang yg kenal aku dia akan tahu aku minat gila la bab-bab berjalan, hiking, travel, aktiviti lasak. Pendek kata kalau ada org ajak je mesti aku join. Walaupon tu bukan group aku. haha. So banyak jugak la berjalan tahun ni. First of all, tahun 2016 dimulai dengan trip ke  Korea..!! Yes, with my sisters. Seronok sangat. Dah jadi macam rutin pulak tiap2 tahun gi luar negara. Entah bila start nye. Aku tak sempat lagi buat entry untuk Korea trip tu padahal nak setahun dah. Tak sempatt. Takder masa and aku memerlukan internet yg laju. Haha. Next, kalau bab hiking ni banyak la jugak, Aku rasa aku dah buat entry khas untuk bab hiking tu. Boleh bace kat SINI, SINI, dannn SINI. hahaha. Alhamdulillah, Banyak nikmat Allah bagi. Boleh gi jenjalan sana sini. Jumpa ramai orang, kenal kawan baru. :)

Aku rasa dah la ni. Macam dah cover semua dah psl life aku 2016. Ape la sangat hidup aku ni. Camni je haa takder special2. Ni je lah konklusinye. Azam? Aku tak nak buat azam tahun baru sebab aku tahu tak pernah terbuat nye.. haha. Bagi aku setiap permulaan hari yg baru, tu la peluang untuk kau buat something/azam yg kau nak buat tu. Tak payah tunggu tahun baru. Bangun pagi esok kalau berazam nak diet, hah terus diet, nak solat dhuha tak nak miss, haa terus buat jangan miss. Tak payah tunggu tahun dan sebagainya, anggap setiap hari yg Allah bagi kat kita ni peluang untuk kita berubah ke arah lebih baik. hehe. 

Chow dulu! Selamat tahun baru semua...