Saturday, November 12, 2016

Trip ke Gua Batu Maloi, Tampin

Assalamualaikum!

Entah camana boleh terjadi plan Gua Batu Maloi ni. Asalnya kawan aku Wafi dah pernah ajak pergi ke sana dulu. And masa tu aku tak leh join sebab ada trip company dekat Genting Highland. Dengan bongkaknya si Wafi tu antar gambar2 Maloi kat aku. Dah la masa dia hantar tu aku baru lepas petik stoberi atas Genting, rosakk mood ..hahaha. And then selang beberapa bulan budak2 ni duk bising2 dalam group Whatsapp Food Biotech tu nak gi mana, trip geng single la konon nya. Aku terus suarakan yg aku nak gi Maloi. Pung pang pung pang akhirnya jadi jugak la trip ni. Sampai kan Aimi yg duk kelantan tu pon sanggup turun. Aku tak sangka gak Aimi sanggup turun masa aku pm dia tu. Siap beli tiket flight lagi. Upenyer dia cakap dah lama tunggu orang ajak..haha.. Alahai Aimi, serba salah aku dibuatnya. Oh ye, sebelum lupa pakej yang kitorg amik adalah dengan akak Shiha RM 45 utk seorang peserta. Ni contact number dia (contact number: 010-2568685). So bermaloi lah kami pada hari sabtu tu. 05.11.2016




Pagi kejadian tu kitorang kumpul dekat exit tol Tampin kalau tak silap. Sampai sana aku dah risau dah sebab hujan. Berdasarkan pembacaan aku kalau hujan ni bahaya sikit. nanti air penuh dalam gua tu tak leh masuk. Kalo masuk kang bahaya boleh lemas. eheh. Nasib baik hujan tak lebat, just sipu-sipu malu. So dah siap parking kereta semua kita berkumpul jumpa Kak Shiha untuk taklimat. Tapi yang akan bwk group kitorang adalah Mommy (nama sebenar aku tak ingat hahah). Ada taklimat sikit tentang safety dalam gua. Common things la, ikut arahan guider, jaga kawan depan dan belakang. Antara barang yang korang kena bawak adalah:

  • Headlamp, untuk kegunaan dalam gua yg gelap tu. (Mr DIY ada jual)
  • Pakai track suit yang tahan lasak takut terkoyak kena batu
  • Baju yang sesuai (kain jersi,bertutup jaga aurat lah)
  • Kasut getah (kasut gi menoreh haha). KAsut sukan takut rosak je nanti.
  • Kalau korang jenis cerewet jaga kulit, pakai la glove kalau xnak calar balar tangan tu.
  • Beg kalis air untuk bawak botol air, camera, kunci kereta & sbg nya. Kecik dah la, jgn besar2 kang tak muat lalu celah batu. hahaha
  • Baju persalinan, tuala & toiletries

So abis taklimat, kitorang sarapan duluuu kasi alas perut baru la ada tenaga nak bermaloi. Sarapan tak disediakan ye, cuma makan tengahari jep. Selesai sarapan apa lagi, jom masuk gua!! Tengok gambar je la yer. Malas nak cerita panjang2.




Mula2 ni semua excited. Menjerit-jerit. Tengok lubang punya la sempit muat ke tak laa nak masuk ni. hahaha. Memang sangat mencabar la trip ni. Korang kena ikut arahan aka guider kalau tak., tak lepas nak lalu batu2 tu aku rasa. Sebab tak reti nak pegang mana, kaki letak mana, kepala nak lentok mana. hahaha. Kakyam siap tercabut kasut lagi. Kesian Mommy yang kena gi masuk celah batu amik kasut dia,













Dalam tu jugak kita akan di bawa ke tempat2 dan batu2  yang unik dan ada cerita dia tersendiri. Trip ni makan masa dalam dua jam. Cakap je aksi apa kitorang tak buat. Merangkak, meniarap ala-ala komando, mengengsot sampai herot mulut2, macam2 lah..hahaha. Hadoiii..Keluar dari gua tu ada lagi satu tempat yang dikatakan pintu masuk ke alam bunian tapi sekarang dah ditutup.




Nak cerita lebih aku tak reti sangat. Korang kena datang rasa sendiri. Baru tahu amende la aku duk cerita ni. So trip kitorang berakhir dalam pukul dua camtu. Semua dah penat, lapar, keluar je dari dari gua semua dah longlai. Tengok je makanan tak pikir ape dah. Terus bantai. hahaha. Lepas tu semua siap2 gi mandi cantik2 wangi2, solat zohor dan balik..!!! 






Actually tak balik lagi sebab sep pempuan cakap pakai cantik2 camni takkan balik je? hahahahahaha. Laki plak cakap cantik ke ni? ahha. Lagipon masa tu awal lagi baru kol 3. Alang2 jumpa kawan2 yg susah nak jumpa ni baik lepak memana lagi. So lepak2 area melaka dulu baru balik. Baru puas hati berbaloi pakai baju cantik2 kate nyeee,, haha.








Ok lah. Thanks for reading!





No comments: