Thursday, October 27, 2016

Maryam's Stories: Last Day

Assalamualaikum! 
Hari ni hari yg sedih sgt bagi aku sbb hari ni hari last kakyam kat tempat kerja dia. In these two years, aku happy sgt kakyam ada kat sini ngan aku, and kerja dgn company yg related even though bos2 kitorang bermusuh. Haha. Banyak kenangan yg aku ada ngan dia sepanjang kami sama-sama kerja sini. Minggu lepas, masa aku tengah baring2 dalam bilik aku, tiba2 terfikir kakyam dah nak pergi. Dah tak ada kawan baik aku kat sini. Dah tak ada tempat aku nak lari, dah tak ada org nak ceriakan balik mood aku, nak dgr cerita aku, nak share rahsia ngan aku, nak gosip sama2. 

Aku selalu pergi umah dia overnight and have a long pillow talk before we both fell asleep at 1 or 2 am. Macam2 la kitorang borak. Sampai ada satu malam tu, abis rahsia aku terbongkar. Borak punya pasal. Haha. And esok aku terus shoot gi kerja. Tak de la jauh sgt pon. And kak yam selalu buatkan breakfast untuk aku bawak sbg bekal pagi kalau tido umah dia. Sweet takk? Haha. Itulah rutin aku ngan kakyam. And then hujung minggu jumpa lagi. Adeeee jeee kitorang plan buat paper. Asalkan terisi. Naik broga dah bape kali, mandi jeram toi da bape kali. Tambah plak ngan aktiviti dgn team hiking. Kadang2 dia sendiri akan datang kat umah aku naik moto, dah la bahaya jalan mantin -nilai tu ,banyak lori. Dah bape kali dia eksiden. Dah calar balar motor dia tu. Hmmm.. 

Tapi tahun ni after she get herself a boyfriend beberapa bulan yg lepas, dah kurang dah sikit activity weekend kitorang. Dah kurang laaa ajak2 aku keluar cam dulu. Time single. Puihhhhhh!!!! Tinggal aku sekor2. Hahhahahahahhaa. Tak der lah. Aku paham la benda2 camni. Dah dewasa semua kan. Aku igt lagi time aku kena demam teruk masa bulan 4 ritu. Aku gagahkan diri jugak pegi umah kakyam sebab umah aku takde orang masa tu. Dia la yg jaga aku siang malam. Malam tu kol 2-3 pagi dia bangun basahkan badan aku dgn kain and letak kat atas dahi kasi turun sikit suh. Esok masak bubur lagi utk aku sebelum gi kerja.  

Bila aku ingat semua tu, aku menangis kot. Like seriously, aku pon tak sangka aku akan menangis bila dia pergi jauh daripada aku mcm ni. Aku rasa kehilangan gila kot. Sunyi gila hidup aku rasa xder dia. Ye laaa.. Kat Nilai ni sape je ada, org yg rapat gila ngan aku kakyam lah. Memang la adik2 ada tapi adik2 lain sikit ngan kawan. Ada benda yg kita lagi selesa ngan kawan. Kan? Aku menangis sampai sedu2. Hhahahaahhaa. Mcm kakyam tu nak gi luar negara plak padahal Rawang tu jeee pon. Aku takder nya nak bagitahu dia semua ni. Mesti dia terkejut kalau tahu betapa besarnya effect tu kat aku. Siap nangis2. Dia siap cakap sambil gelak2 lagi, nak wakafkan aku kat sape2 utk jagakan aku. Hahahahhaah. Tak guna Maryam.. Hadoi la.. Sedih!! 

Tadi baru call dia tanya, camana ari ni ari last kannnn.. Macam biasa dia akan terpekik-pekik terlolong kat telefon tu cerita semua2. Haha. Happy sgt eh kau Yam. Oh lupa. Pagi ni dia ada antar email kat aku. Bapak laaa sedih bace. Hmmm..Takpelah. Yg tu aku buat entry lain lah. Kang semua citer kat sini abis satu ni je siri Maryam Stories. Kena buat mcm siri Kilang Stories aku tu. Baru best nak bace esok2 bila dah tua. Hahaha bajettt je... Hadoi. Ok lah. 

Panjang menaip malam ni. Aku pon dah tak sedih sgt mcm minggu lepas. Minggu tu jugak aku pergi umah dia masa cuti last before dia tinggalkan rumah tu. Tolong cat kan rumah kasi cantik sikit. Sekarang rumah tu ada kak nisty je. Housemate kakyam yg aku rapat jugak. Dah kurang sedih aku lepas tu. Maybe aku pon dah belajar utk menerima perubahan. Sooner or later mesti akan berpisah jugak. Kalu bukan dia yg pergi dulu, maybe aku. Macam tu la kehidupan, kan?

Ok thanks for reading sampai abis. Kalo abis lah. Tu pon kalo ada org bace lah blog nih. Hahhahahahahaha.

No comments: