Friday, September 30, 2016

Cari Kerja Baru


Assalamualaikum readers!

Ehem... Tengok tajuk macam aummm semacam je. haha. Yes, I'm looking for a new job now. Not because my current work is suck, no! Actually, everything is okay now... I have a good salary, my job is stable, I know my job scope quite well, I have few colleagues who always assist me in my work, no backstabbing and politic here is much stable than our country's. hahaha. I mean since my company is just a small one, so we are just like a small family. Gaduh sikit2 pasal kerja tu ada la. Tapi takde la sampai ada geng2. So, life is pretty good to me now. So, kenapa nak tukar kerja?

Because, when everything is just so good you feel like you're not improving. Its like you're doing the same thing every day. For me, my biggest reason is, I want to learn more. Like seriously, bajetnyaaaa alasan aku. Haha. Ok let be serious. Betul. Ya aku nak pindah sebab aku nak belajar benda baru. Aku nak tahu production kilang orang lain macamana, especially company2 besar. Macamana system diorang, how they manage the huge scale of production, their technology, their way of working, yes aku nak tahu semua tu. Aku nak belajar. Especially technology diorang yg aku tahu berganda-ganda lagi canggih dari company aku sekarang.

Bukan aku tak bersyukur. Aku berterima kasih sangat dengan Allah, bagi aku semua nikmat ni. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tapi salah ke aku nak improve diri aku, nak cari sebanyak mungkin pengalaman, nak kembangkan otak aku, nak timba ilmu sebanyak-banyaknya dalam bidang aku ni? I dont think its wrong, do you? Well, I dont bother your opinion to be frank. hahahaha. Ok so thats why aku sekarang tengah cari kerja baru, well of course la yang kalau boleh 5 hari bekerja sbb aku sekarang 6 hari berkerja. Its one of the reason but not that significant one. Banyak bebel sebenarnya nak cakap aku da apply dekat satu company yg besar gilaaa yang kalo aku cakap konfemmmm korang kenal la nama dia. OMG I really want to work there. Tengok la camana nanti., ok gais. bye!


Thursday, September 22, 2016

KILANG STORY 3 : DUA TAHUN

Asslamualaikum!
I think it has been quite sometimes since I tell story about Kilang. And this time I just want to share something not worth for you to know but I'm gonna tell you anyway. And I know you're going to read it anyway. haha. Okayyy, so two years ago on this date 22nd September 2016, was my first day at work after two months of 'graping' (menganggur heheh). And there was audit from F&N on that day so everyone was totally busy. I just sat there in my workplace awkwardly. Just smiled and waved. Haha..tipu je. I just pretended to be busy looking something in my PC while the truth was I had no idea what to do at all. Then suddenly one of my boss asked for certain files to show the F&N auditor. He didn't know that was my first day maybe. I was like.....sooooo you asked me for a file when I don't even know where the toilet. Mencicit cari file tu. Kenangan😂 

Dua tahun. I've gone through a lot and learn a lot too, in work and life lesson as well. It was tough shit in the beginning but as the time goes by, I am not gonna say it does not tough anymore, actually it never gets any less tougher but the work becomes easier because at least you have gain that essential 'survival skill' that can save you out of those crap. I think you know what I mean by 'survival skill'. hihi. Yeah, two years... Things can get pretty boring because basically you're doing about the same thing everyday. Maybe its time to go. Etika hire me plis!!!!Kakakkakakah 😆

Last but not least, bless you all the workers who fight everyday just to have something to eat for your wife, kids and family. Moga Allah murahkan rezeki kita semua. Ameen..

22 Sep 2014 - 22 Sep 2016. Still counting.
Nabilah Amran, 10.37 a.m

Sunday, September 4, 2016

Redha

Dah banyak kali aku cuba yakinkan hati aku... Jika dah tertulis sesuatu tu milik aku, jauh macamana skali pon susah macamana sekali pon, ia tetap akan jadi milik aku, tetap akan kembali pada aku. Tapi jika dah tertulis sesuatu tu bukan milik aku, usaha sekuat mana pon, menangis air mata darah sekali pon, ia tetap tak akan jadi milik aku. Banyak kali aku cuba yakinkan hati aku benda tu. Bukan aku tak tahu benda ni, qada dan qadar. Aku tahu tapi hati aku selalu risau, sedih sedangkan semua dah tertulis. Mungkin aku perlu belajar untuk redha. :)

Saturday, September 3, 2016

Childhood Story: Hujan

Seminggu dua ni hari-hari hujan. Tapi tak apa. Aku tak kisah. Sebab aku suka hujan. Mungkin aku ada banyak kenangan manis yg jadi masa hujan. Even dari kecik lagi memang aku suka hujan and aku pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab masa tu kalau hujan, dapat mandi kat luar rumah kat tempat air hujan turun menderu-deru tu. Memang seronok mandi kat situ ramai2 dengan adik-adik. Gilir-gilir amik turn. Tu tak campur lagi dengan anak-anak jiran depan rumah aku merangkap saudara jauh aku jugak. 3 ekor budak laki tu, Imad, Imran dan Izzat. 4 orang budak perempuan dgn 3 budak lelaki. Aku yg paling tua kat situ. Haha. 
Lepas tu kat rumah aku ni ada satu tangki air yang kaler hitam tu tau. Yg org guna utk simpan air kegunaan rumah tu. Disebabkan benda tu mak aku tak guna, kitorang amik buat tadah air hujan. Berendam dalam tu dah macam anak badak dah sekor-sekor sebab tujuh2 tu gedempol semuanya. HAHAHAHAHAHA! Mak aku gelak kuat gila bila tengok kitorang berendam dalam tu. Hadoi. Lepas tu kan, kalau nampak hujan macam dah nak reda, kitorang solat hajat ramai2 kat halaman rumah atas simen tu mintak doa supaya Allah jangan hentikan hujan sebab belum puas main lagi, doa biar hujan turun makin lebat.  Hahahahahaa. Bayangkan camana ‘upacara’ tu dilakukan.  Macam-macam aksi la buat masa hujan tu. Ada yg konon-konon menluncur, ada yang baring sambil bukak mulut tadah air hujan, ada berenang atas simen. haha. Lepas dah puas main tu, masing-masing akan berebut giliran tandas untuk mandi dan bilas. Mak aku marah kalau tak bilas lepas mandi hujan, takut demam katanya. Lepas semua dah bilas, mandi bersih-bersih tukar baju semua, kitorang akan lepak depan TV ramai2 sambil makan cekodok ikan bilis dan teh o panas yg mak aku dah buat siap2. Perghhhhhh! Memang layan… Terima kasih ma layan kerenah kitorang kecik-kecik dulu. Haih kenangan. 

Senyum sorang-sorang bila taip entry ni. Memori betul lah. Sekarang semuanya dah besar. Yg si Imad, Imran dan Izzat tu dah macam adik2 aku dah. Lagipon diorang umur lebih kurang sebaya dgn adik bongsu aku tu. Aku pon tak ada adik lelaki so kehadiran 3 orang tu mcm mengisi kekosongan tu. Cehhhh. Haha. Hmm….banyak sebenarnya kenangan manis masa musim hujan ni. 

Nanti aku sambung entry lain pulak okayh? Bye!

Friday, September 2, 2016

Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru

Ehem..Assalamualaikum!

Rasa macam nak sambung story kita selepas ke Bukit Batu Putih, Port Dickson tu. Untuk trip Sg Chiling ni, Kakyam tak ikut sbb dia dah ada plan naik Gunung Nuang, sebagai persediaan untuk naik Kinabalu next week. Yes, dia nak naik Kinabalu. Susah ada kawan suka buat kerja gila ni. haha. So ke Sg Chiling ni member yg sama je mcm semalam just aku ajak Che Pah, classmate FB aku dulu and now dah jadi colleague aku. Esok tu kitorang kumpul kat Bangi and gerak ke sana dalam 8.30 pagi. Nak gi lepas subuh konon. haha. Jauh gila aku rasa. Dah la semua tak tahu jalan, guna Waze je, mmg sedap la kena tipu ngan si Waze ntah pape tu kan. Redha je la.

Untuk gi Sg Chiling ni, jalan dia sama je macam gi Lata Makau dulu. Tapi dulu org lain drive sbb tu aku tak ingat jalan sgt. Chehhhh, bajet. haha. Teringat pulak kenangan Makau masa drive tu. And kitorang sempat singgah Empangan Pertak kejap. Cantik view kat situ cuma lagi cantik masa pergi dulu. Yg pergi kali ni air tak penuh so nampak tanah2 merah tu. 



Lepas amik2 gambar kejap, kitorang teruskan perjalanan ke Sg Chiling. Ramai jugak yg berhenti kat Empangan ni untuk amik gambar. Then dlm 10 minute lepas tu sampai la kita ke Sg Chiling Sanctuary. Parking agak penuh sebab hujung minggu kan. Then lepas dapat parking, kitorang gerak ke dalam. Jauh la jugak kena jalan kaki dari parking ke kawasan pendaftaran tu.  Untuk masuk sini kena daftar dulu tau. Bayaran masuk Rm1/person and kalau korang bawak plastik2 makanan, botol air mineral dan segala jenis barang yg berpotensi untuk jadi sampah, korang kena declare dan kena bayar Rm3/plastik as deposit. Kalau mcm tupperware tu tak apa. haha. Masa balik tu claim balik duit tu lepas tunjuk jumlah plastik korang sama mcm masuk tadi. Tujuannya dia nak jaga kawasan situ supaya org tak suka hati je buang sampah merata. Kalau dah deposit Rm50 takkan tak mau claim kan? :)



Anyway, lepas setel bayaran semua dia akan bagi taklimat keselamatan la sikit and then baru kitorang gerak. So kat sini ada 6 lintasan semua nya. Maksudnya kena lintas anak sungai sebelum sampai ke Air Terjun paling atas tu. Dan setiap lintasan tu korang akan jumpa ikan kelah yg comel2 daan jinak! Tapi bukan la jinak sampai boleh belai.  Eeeeiiiiiiii geram gila nengok nye. Ase nak amik jala tangkap! haha. Tapi tak boleh ye. Nanti kena denda. 





Jalan dalam 30 minit kot aku rasa, akhirnya sampai ke air terjun Sg Chiling. Ramai jugak org kat situ. Kalau setakat nak amik gambar basah2 kan badan boleh la tapi kalau nak mandi kena cari port lain. Dah la ramai lelaki. Ok la tgk gambar je la. Malas tulis panjang2. haha




nampak takkkk ikan tu kat kaki kitorang?! geli okayyy..haha
Lepas dah siap berjimba dan amik gambar kat situ, kitorang turun untuk cari port mandi yg best dan tak ramai orang. Perut pon dah berkeroncong sebab dah tengahari. Haha. Bukak segala bekalan makanan yg ada dan makan la. Ape lagi.



Lepas tu mandi2 borak2 sampai la dalam 2.30 camtu kitorang gerak balik. Apa-apa pon memang best lah datang sini. You guys should come here at least once! OK?! Thanks for reading!


Bye!


Thursday, September 1, 2016

Thailand Trip Part 2

Hai..!

Ok, kita sambung balik Trip Thailand Part 1 hari tu..

Hari Kedua: Ahad

Kalau ikutkan hati nak je aku straight ke Lopburi sunflower field tu tapi memandangkan aku baca review weekend ramai orang, and kebetulan pula ada satu tempat nama Chatuchak Market yg merupakan tempat famous and tourist spot jugak yg ada di Bangkok ni, so aku decide untuk tengok2 kat sini dulu. Lagipon market ni ada hujung minggu je, hari lain tak ada. Sunflower field tu hari2 bukak. haha. Dengar citer barang murah2 pulak tu. So ke Chatucak la kita..


Dekat sini ada polis yg jaga pintu masuk ke market ni, even dekat setiap stesen MRT dan BTS pon ada and diorg akan cek kau punya beg. Aku tak sure la memang hari-hari mcm tu ke, or masa aku pegi je. Maybe sebab time tu diorang ada festival sambut birthday raja so tahap keselamatan tu diketatkan sikit. Mula-mula aku masuk polis diorang dtg dekat aku, dah cuak dah. Sbb aku kan pakai tudung, nampak sangat la mcm org Islam. Rupa-rupanya just cek bag and siap bagi peta Market tu lagi, dan tunjuk satu-satu mana kedai makan orang Islam. Muselim food, muselim food katenye. hahaha. Helpful sangat! Ok tak nak cakap banyak, tgk gambar je la eh.
aku beli ni je as souvenirs, sabun bentuk buah dan bunga. Cantik ok! bau pon sedap
alaaa...amik gambar pon tak kasiiii  :(
kulit buaya pon ada jual..haha
Banyak la brang-barang kat sini. Cakap je nak apa. Baju, beg, kasut, barang kulit, semua ada. Harga pon boleh tahan murah. Dapat la satu beg kat aku, adik aku dpt baju dua helai. haha. Pastu aku terus beli souvenir kt sini sbb lepas ni tak tahu nak dpt kat mana lagi yg murah. Haduu first day keluar, terus shopping.

Masuk bab makan lagi best! Tapi kena pilih yg halal la. Aku cerewet jugak la bab makan ni. Walaupon ada jumpa satu kedai makan Muslim, tapi aku tengok food handler dia tu mcm tak Muslim sangaaat je...haha. Risau aku. So aku makan yg aku betul2 yakin je which is pulut mangga walaupon lauk pauk kedai dia  nampak sedap je. Buah2 fresh and manis gila!Thailand kot..
aiskrim kelapa. korang beli sang kaya RM10. Sini Rm 3 jeeeee..hahahaha
Goreng-gorengan. Aku tak makan.

Air kelapa satu bang!
pulut mangga ni memang terbaik aku cakap. Sumpah sedap.
Lama jugak la aku spend masa kat Cikucak Market tu. Eh silap. Chatuchak Market. Next aku ke Saphan Taksin untuk naik boat amik angin kat Sungai Chao Praya. Sungai yg aku rasa pernah baca dalam buku teks sejarah tingkatan 3 dulu. ekekekeke. Sebelum tu aku naik BTS ke Ratchapuri Station untuk singgah untuk solat kat Masjid Al-Falah ni. Kecik je masjidnye, sesat jugak aku nak cari masjid ni. Sebab dia duk di belakang bangunan-bangunan kedai, so kena tanya locals jugak location dia baru jumpa. Alhamdulillah... :)

Lepas solat aku ke Saphan Taksin and beli tiket boat one day pass TBH 150. Sebenarnya rugi jugak amik one day pass sebab aku datang dah petang. Kalau dari pagi memang berbaloi sebab unlimited ride. Korang boleh turun di beberapa tempat sepanjang sungai Chao Praya tu and then naik balik boat untuk ke spot lain pulak. Tapi ingat tau, one day pass ni untuk boat flag biru je. Dia ada banyak jenis boat dan kaler, I am not so sure ape beza kaler tu maybe dari segi harga kot. You can refer to another blog. :)



Aku pegi dua tempat je walaupon plan asal nak gi tiga tempat, Wat Arun, Wat Pho dan Grand Palace sebab bila usha kat internet tiga ni je yg menarik bagi aku. But unfortunately hari tu Grand Palace tutup sebab birthday Al-Sulton At-Thailand. haha. Menarik in terms of architechture and culture je. So malas cakap banyak, just enjoy the pics!









So, seronok jugak laa tengok seni bina kuil-kuil Budha kat sana. Sempat juga tengok sami diorang bagi 'ceramah' kat diorang. hihi. Ok so, dari situ aku dapat la jugak ilmu tentang agama and culture diorang. Whatever it is, hari tu mmg sgt best and I am quite proud of myself sebab berjaya harungi hari ni dgn jayanya tanpa sesat. haha.

Basically macam ni la trip aku di hari kedua tu:
  • ·    Sarapan -7.00 am
  • ·    Gerak ke MRT Hua Lamphong – MRT Silom 7.30 am. 
  •      Tukar ke BTS Sala Daeng.
  • ·    Beli 1 day pass di BTS Sala Daeng kemudian pergi ke BTS  Siam.  
  •      Tukar kepada Sukhumvit Route (Exit 1) ke BTS Mo Chit.
  •      Ke Chatuchak Market. Shopping sampai penat.
  •      Makan & rehat. Solat jamak Zohor dan Asar
  •      BTS Mo Chit ke BTS Siam. 
  •      Tukar ke Silom Route terus ke BTS Saphan Taksin.
  •      Beli tiket Chao Praya River view
-         Wat Arun
-          Grand Palace
-          Wat Pho
  • ·    Makan petang. Balik hotel
  •      BTS Saphan Taksin ke BTS Sala Daeng.
  •      MRT Silom ke MRT Hua Lamphong.
Malam tak banyak sangat aktiviti yg aku boleh buat sebab pegi ngan budak kecik ni. Risau jugak aku. Kalau pegi ngan kawan-kawan lain citer boleh jaga diri masing-masing. Gi ngan adik ni aku rasa macam mak-mak sangat. haha. 

Ok lah, see you next entry!