Monday, August 8, 2016

Catatan 1.46 am

Kekosongan yang kau rasa bila kau duduk sorang2 di rumah. Housemate kau keluar entah ke mana macam biasa. Kat luar, hujan lebat mencurah-curah dari langit membuatkan malam tu makin sejuk. Dan kau sedang berbungkuskan selimut sambil memeluk anak patung beruang yang dah berapa tahun hidup bersama. Kau nak tidur tapi kau tak mengantuk, kau nak borak tapi kau tak ada sesiapa, kau nak telefon kawan2 tapi dah lewat. Kau check handphone tapi tak ada satu noty pon dari Whatsapp walaupon berpuluh-puluh jugak group yang kau join. Facebook? Ah bosan…Instagram? Ahh..benda sama.. Twitter? Kau tak ada. Youtube? Data handphone kau dah tinggal ciput.


Masa tu baru kau sedar yang kau sebenarnya tengah sunyi. Rasa kosong tu sebenarnya sebuah kesepian. Terus kau teringat something yang kau pernah terbaca sebelum ni.  Perasaan sepi yang kita rasa bila kita keseorangan tu tanda hati kita rindu. Rindu dengan pencipta-Nya. Tanda yang kita dah lama abaikan Dia. Tak semena-mena kau menangis. Hati kau masa tu rasa sedih sangat. Sebab kau tahu kau dah banyak buat benda yg entah apa2. Sebab kau tahu kau dah lama tinggalkan Dia. Sebab kau tahu kau dah jauh dengan Dia. Kau asyik kejar orang yang tak hendakkan engkau pon. Kau asyik ingat dan rindu pada orang yang tak pernah rindu kau pon. Kau asyik ambil berat pasal dia sampai kau lupa ambil berat pasal Tuhan. Air mata terus mengalir sampai patung beruang kesayangan kau basah. Kalau lah dia boleh berkata-kata, mesti dipujuknya supaya kau berhenti menangis. Paling tidak jangan la menangis atasnya. 

Dah puas menangis kau pergi tepi tingkap. Kau bukak tingkap lalu angin sejuk dan tempias hujan membelai lembut kat muka kau. Kau rindu Dia tapi kau tak tahu nak patah balik macamana. Mulut kau tak henti-henti menyebut lafaz istighfar tapi hati kau masih belum puas. Hati kau masih belum tenang. Hati kau masih rasa ada segunung dosa yang sedikit pon tidak berganjak dengan lafaz itu tadi. Kau  terduduk kat situ abiskan sisa-sisa air mata, sambil ingat seseorang yang buat kau jauh dari Dia. Orang yg sentiasa kau rindu, orang yg kau selalu puja dari jauh, orang yang kau sayang dalam diam, orang yg kau selalu ingat lebih dari kau ingat Tuhan. Orang tu tgh bahagia dengan pilihan hati dia. Mungkin tak lama lagi akan bersatu. Sedangkan kau jauh tinggalkan Dia semata-mata orang tu. 

Kau terfikir, apa la yang kau buat selama ni. Kenapa la mata hati kau buta selama ni. Kau tadah tangan, kau doa sungguh-sungguh. Supaya hati kau dijauhkan dari dia, dan didekatkan dengan Dia. Kau doa betul2 sampai kau tak sedar kau menangis lagi. Kau harap sangat hati kau dijauhkan dan dipalingkan daripada orang tu lagi. Kau doa supaya semua perasaan kau pada orang tu akan hilang. Masa tu kau sedar, jalan menuju Tuhan tu bukan senang, bukan mudah. Bukan nya sekadar berdoa kau akan senang-senang kembali jadi suci. Sebab hati ni selalu berbolak-balik. Kadang-kadang kuat kadang-kadang lemah. Masa tengah berdoa tu pon kau rasa ragu-ragu lagi mampukah kau tempuhi semua ni. Tapi kau dah tak kisah. Kau nak cari Dia balik. Dia yang dah lama hilang di hati kau. Dia yang dah lama kau lupa.

Kau ambil nafas panjang-panjang, kau hembus perlahan. Hati kau tenang. Entah dari mana sekelumit bahagia meresap masuk ke dalam hati. Mungkin inilah bahagia yang kau cari-cari selama ni tapi kau tersalah haluan. Kau ingat bahagia itu ada pada manusia, sedangkan bahagia itu hanya pada Dia...... 

No comments: