Wednesday, August 31, 2016

Merdeka 2016

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-59 semua! 
Kami anak Malaysia!

Maafkan kami. Muka excited first time sambut merdeka kat Dataran. haha

Monday, August 29, 2016

Bukit Batu Putih, Port Dickson

Assalamualaikum Gais!

Rasa lama tak keluar pergi hiking. Last hiking masa sebelum puasa kat Angsi dulu and last attempt hiking dengan geng FB baru-baru ni ke Bukit Tabur kat KL tapi end up nya berterabur kitorang hari tu. haha. Takpe lah. Ada hikmah yg kita tak tahu. Lagipon masa bangun tidur pagi tu aku dah rasa macam tak hiking je hari ni. Last2 di sebabkan peristiwa yg tiada dalam agenda berlaku, kitorang cancel plan Tabur, end up gi mandi air terjun kat FRIM (walaupon air nye setakat buku lali itik je) :)

Ok, tak lama lepas tu tetiba ada classmate kitorang si Seha ni up gambar dia hiking Bukit Batu Putih kat Port Dickson yg aku dan kak yam duk discuss lama dah nak naik, tup-tup dia dah naik dulu. Memang menjerit la kitorang tgk gambar tu. hahaha. Comel je Seha. And then nak jadikan cerita, geng Hamra komen kat situ ajak pergi. And diorang Whatsapp aku minggu lepas jadi tak nak naik Bukit Batu Putih tu, ape lagi...memang aku sentiasa ON! So, berbatu butih la kita Sabtu lepas 27/08/2016. Gigih lepas balik keje terus siap2 nak gi hiking. Camni la orang keje Sabtu. Naseb diorang rileks je atur program ikut masa aku. Thank you korang!

Just about 7 of us, aku, kak yam, kak nis, rai, faizie, afzan ngan kak shima (kaka afzan). Ramai-ramai2 ni afzan je yg pernah naik. Tapi afzan sampai lewat sbb kenduri kat KL. Dia suruh kitorang naik dulu nanti dia catch up kemudian. Fuh punya la jauh Nilai ke PD ni aku rasa. Dah la petang tu jem giler kat Seremban. Sampai dalam pukul 5, solat asar kejap kat Ilham Resort yg betul2 tepi pintu masuk bukit tu. 5.30 ptg kitorang start naik sbb Afzan ckp tak lama pon nak naik. Dalam stgh jam je. 



Naik punya naik sampai ke Rumah Api tu and then kitorang ikut jalan ke dalam hutan tanpa menyedari yg kitorang ikut jalan salah. Hahaha. Patut la bukan makin menaik, tapi makin menurun. Tu yang pelik tu. Tapi ikut je la. In the end, we found this amazing sunset view at a beach. Cantik sangat pantai tu. Its like nobody ever been there before. Untouchable!



Berbahagialah kitorang berphotoshoot kat situ. Subhanallah. Sumpah cantik! Tak tahu nak describe camana. Terus lupa puncak Bukit Batu Putih tu. hahahaha. Sebenarnya masa tu kitorang dah tahu kitorang sesat sebenarnya. Kakyam siap cakap, asal ada Bie je sesat. haha. Kuaja sungguh. Lepas tu sbb dah nak gelap kitorang naik balik ke Rumah Api tu. Azab betul nak naik tu sbb curam. Then Afzan call cakap dia dah kat puncak dah. hahaha. Sebenarnya sebelum sampai Rumah Api tu kitorang kena masuk ada satu denai hutan ni. Tak ada signboard pon kat situ. Kiranya, kalau dari bawah naik atas betul2 sebelum tangga rumah api tu, denai tu sebelah kanan. Ape lagi, berkejar la kitorang ke sana. Dah nak gelap tapi tekad jugak nak naik sbb dah sampai. Tak nak jadi mcm Lata Makau. hahaha. 3 jam naik tapi tak jumpa apa-apa. Akhirnya yeahhh! Alhamdulillah. Sampai jugak. Ingat dah nak maghrib tak ramai orang rupanya, penuh lagi kat atas tu. Dah la puncak tu kecik.

We just spend about 5 minutes for picture and then rush back to go down. Dah gelap and masa lalu jalan balik terpaksa guna torchlight handphone sbb dah tak nampak apa-apa. Cekal sungguh. Dah masuk Magrib dah pon. And then lepas tu kitorang stop for dinner and go back to Bangi sebab esok ada program lagi. Jeng3! Sungai Chiling Waterfall. Next entry lah. Malas dah nak tulis. haha. Apa pon Thanks sudi baca sampai abis!

Daaaa..

Thursday, August 25, 2016

Thailand Trip Part 1

Haiiiii....!

Hari ni macam happy pulak mood kita. haha. Rasa macam nak share trip aku ke Thailand bulan December tahun lepas. Errr dah nak dekat setahun baru nak share. hik3. Tu tak masuk lagi trip ke Korea Januari tahun ni. Ok kita update satu-satu ye. Actually trip ke Thailand ni adalah trip backpack pertama aku. Yes. Dah lama aku nak backpack tapi tak buat-buat lagi sampai la hari tu aku tekad nak pergi. Kenapa? Sebab benda ni..



Yes. Sebab aku terbaca satu artikel dalam group backpack kat facebook tentang kewujudan ladang bunga matahari kat Thailand ni. Dan aku memang dari kecik lagi suka sangat bunga matahari. Bagi aku bunga matahari ni cantik sangat. Dia besar, dia terang, ceria, nampak happy je dia. hahaha. Once aku jumpa benda pasal ni aku menjerit sebab aku tak sangka sunflower field ni wujud kat Thailand. OMG dekat giler ngan Malaysia. So, everything just poof!, I'm going to Thailand. Sebenarnya nak gi ngan adik2 aku tapi ramai tak free sebab kelas then akhirnya pegi ngan adik bongsu aku je.

Aku pegi kejap je dalam 3 hari setengah sbb tujuan utamanya memang sunflower field ni je. hahaha. Tapiiii..hmmmm...bace dulu kalo nak tahu. So first time ok, first time disebabkan semangat membara untuk ke Thailand, hari-hari aku study macamana jalan ke sana, public transport, tempat2 menarik, harga tiket masuk semua. Gila lah. Baru aku paham camni rupenye perasaan org yg dah biasa travel. Buat homework bagai tapi semua tu berbaloi dgn apa yg kau dpt bila pergi. :)

Hari pertama:
Sampai sana sabtu malam dah kat Don Muang Airport. So aku ikut je semua itinerary yang aku dah prepare, lepas turun tangga arrival hall tu ke kiri, gate no 6 naik bas no A1 untuk ke LRT yg akan ke hotel aku. Memang lengkap lah. Rasa seronok bila aku hadapi sendiri benda yg selama ni aku baca dari blog lain.


·        Bertolak dari KLIA 2 – jam 4:10 pm
·    Di jangka tiba di Don Muang Airport – jam 5:15 pm
·    Ambil Bas Shuttle Airport No A1
·    Turun di BTS Mo Chit. Jalan kaki ke Chatuchak Park MRT. 
     Tiket  ke MRT Hua Lamphong –   
·    Tiba di MRT Hua Lamphong. Check in Hotel – 
     Malam - free activities

Just for your information, MRT tu adalah LRT yg gerak bawah tanah, and BTS tu macam LRT kita, yg kat atas tu. So dia ada la stesen utk interchange between those lines. Hotel aku betul2 depan MRT punya stesen so its very convenience nak gerak mana2. Seronok cakap ngan local bab tanya jalan. Lemah lembutt je diorang jawap. Ke sebab mmg lenggok bahasa Siam tu mmg lembut. hahaha. So malam tu rehat je la. Aku stay kat Hua Lam Phong Hotel sbb tu hotel terdekat dgn Stesen Keretapi Bangkok. Sbb nak gi sunflower field tu kena naik train dalam 4 jam jugak. Since malam tu free activity je, aku ngan adik aku keluar round2 kawasan hotel and jumpa makcik ni. Dia jual Pancake Thailand. Nampak ada tanda halal siap nama Allah Muhammad lagi dia tampal kat situ. Makcik tu cakap dia Islam, semua yg dia jual halal. Aku amik Nutella Banana. Sumpah sedapppp..hurm.. teringat-ingat lagi rasa dia kat mulut ni.. haha. 






Masa tu ada jugak Mat Salleh beli kat situ, borak punya borak dia ajak aku lepak ngan geng backpackers yg dia baru jumpa jgk kat hotel diorang. Sebelah hotel aku je. Tgh minum kopi ramai2 kat situ. Haish kalau ikutkan hati nak je aku join tapi memandangkan aku pegi dgn adik aku yg pemalu yg amat ni kesian pulak kat dia. So aku terpaksa tolak. Beria mat saleh tu ajak join, "oh come onnnnnn, pleasee..will ya?" hahaha.. Dia dari England so slang dia tu mmg mcm Harry Potahh ssikit...suke dengar. haha. Lepas makan tu kitorang tido je. Ready untuk adventure esok!

Aku rasa setakat ni dulu untuk part 1. Nanti kita sambung slow-slow ok?

Bye!



Tuesday, August 23, 2016

Mencari Cinta

Asslamualaikum...
Just nak share something yg aku rasa worth to share. Masa tu aku tengah banyak fikir pasal something. Sampai serabut jugak la kepala otak aku ni. Sebak je rasa sepanjang hari tu. And then malam tu masa aku tengah landing2 atas sofa scroll facebook, aku terjumpa cerita ni ada kawan aku share. Cerita ni dari page IIUM Confession. Tak tahu kenapa aku rasa Allah biarkan aku terpandang benda ni untuk guide aku. And maybe untuk hiburkan hati aku yang gundah gulana ni. hehe. Allah tu Maha Baik kan? And kepada confessor ni, aku minta izin untuk letak cerita dia kat sini. Sebab cerita aku pon lebih kurang sama macam dia, and aku pon tengah cari balik hati aku yang hilang tu.


 _________________________________________________________________________________ 
Ceritanya begini. Dalam beberapa bulan yang lepas, aku ada jatuh hati kepada seseorng yg aku gelarkan si ‘A’. Mesti korang cakap, “Alaa, cerita orang meroyan pasal cinta lagi”. Yup. Ini pasal cinta. Cinta seorang hamba yang semakin goyah kerana kehadiran orang ketiga. Saat aku sedar aku jatuh hati pada si A ni, aku pon buat solat istikharah. Solat istikharah yang pertama yang aku buat tentang jodoh. Dan dengan izin Allah, malam tu aku terus bermimpi si A dan dalam tu dia berborak dgn kawan dia. Dialognya sgt jelas, A berkata yg dia takkan bawa ibu ayah dia jumpa ibu ayah aku. So, sejak tu aku taknak berharap apa2 dari dia sebab dah jelas petunjuk Allah tu. Namun begitu, rasa sedih sebab rindu tu masih ada.
Aku nak cuba ikhtiar lain untuk benar2 dapatkan jawapan supaya aku boleh give up dan move on. Then, aku teringat bacaan yassin 7 mubin. Yassin 7 mubin ni diamalkan untuk mencari barang yang hilang. Mubin itu bermaksud ‘yang jelas nyata’. Secara ringkasnya, dalam surah yassin ada 7 perkataan mubin, dan apabila tiba di mubin yang pertama, berhenti sekejap dan berdoa. kemudian ulang semula bacaan yassin dari awal. Apabila tiba di mubin kedua, berdoa dan ulang semula bacaan dari awal sehingga mubin yg ketujuh. Lebih lanjut, boleh google. Namun, hanya untuk mencari barang berharga SAHAJA seperti harta, orang. Kalau setakat baju hilang kat ampaian tak perlu la. Sekolah aku dulu ade buat yassin 7 mubin disebabkan ada kes kecurian yang berturutan. Dengan izin Allah, pencuri tu berjaya ditangkap sewaktu cubaan mencuri sekali lagi di sekolah aku dan pencuri tu ialah ex-guard sekolah. Seorang parents yang turut hadir kat majlis bacaan yassin tu kemudian turut melakukan bacaan yassin 7 mubin sebab nak mencari anak dia yang lost contact di sabah selama beberapa tahun. dan alhamdulillah, kemudian anaknya berjaya dihubungi.
Jadi aku pon nak cuba untuk masalah aku ini. Kat setiap mubin aku berdoa supaya Allah tunjukkan, nyatakan, jelaskan andai si A ni jodoh aku. Dengan izin Allah, malam itu selama 3 hari berturut2 aku mimpi ex-crush aku waktu sekolah menengah dulu. lol. Aku minat dia ni sejak form 1 hingga 2 tahun after spm. Sekelas dari form1 tapi tak pernah bercakap kecuali waktu form 5 ade borak2 sikit. Walaupun tak jumpa dan tak cakap, ambil masa gak utk aku lupakan walaupun sekolah dah lama habis. Sambung cerita, aku mimpi ex-crush aku ni 3 hari berturut. Bukan tu shj, lepas baca 7 mubin tu juga, dia like shared post aku kat fb tiap hari sebab sebelum ni takde pon. Dan pagi tadi, lepas qiyam dan sementara tunggu lagi 10 minit untuk subuh, aku tidur la jap. Dan aku bermimpi aku wassap dgn ex-crush aku ni. Satu benda je aku ingat dalam chat tu iaitu ‘9tahun’. Yup, kalau kira tahun ni dah 9 tahun aku kenal dia. Serius aku langsung takde fikir pasal ex-crush aku ni pon sebelum tidor dan tak sebut pon nama ex-crush aku dalam doa. dan aku memang dah tak suka dia. Aku minta petunjuk Allah tentang si A ni je.
Dengan semua ni, aku simpulkan, Allah telah bagi aku jawapan iaitu Allah taknak aku membazir masa dan perasaan lagi terhadap si A ni seperti mana aku bazirkan untuk ex-crush aku dulu. Lebih 7 tahun kot aku buang masa. Bagi aku, ni semua bukan kebetulan tapi benar petunjuk dari Allah kerana aku betul2 minta kepadaNya dan dia Maha Mendengar. Mesti korg kate “eh, bukan yassin 7 mubin ni untuk cari barang berharga yang hilang ke? Apa barang kes kau ni?” Yup. Barang aku ini lebih berharga berbanding segalanya iaitu seketul hati. Hati yang tidak khusyuk solat sebab mengingati ajnabi. Hati yang merindui sesuatu yang tidak halal. Hati yang semakin pudar dalam mengingatiNya. Jadi Allah telah pulangkan hati aku supaya hanya mencintai dan merinduiNya. Tiada yang lebih berharga dari hati yang mengingati Pencipta. Maka dengan kekuatan yang ada, aku pilih teruskan hidup dan melupakan si A ni. Doakan aku supaya mendapat cinta Allah.
Kesimpulannya,
1. Cintailah Allah melebihi segalanya.
2. Consult lah dan yakin lah dengan Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Bijaksana.
3. Mari amalkan yassin 7 mubin ini untuk mencari hati kita yang hilang dalam mencintai Allah dan barang berharga yang lain.
Wassalam.