Thursday, July 21, 2016

Syawal 2016

Assalamualaikum!

Hai readers, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...haha. Baru nak ucap selamat hari raya...padahal dah 15 Syawal. Ok lah, just want to share my hari raya pictures here. Oh oh...warna tema tahun ni adalah maroon/merah gelap. Hari raya macam biasa lah, masa ni la nak jumpa semua ahli keluarga yang dah lama tak jumpa dek kerana kerja, belajar dan sebagainya. Masa ni la nak melepaskan rindu, nak gurau-gurau dan saling bermaafan. Anyway picture below is my lovely family. With my ayah chik and paksu mat's family. Biasa pagi raya akan ambik gambar 3 buah kluarga macam ni la. Dah berapa tahun entah ambik gambar cenggini. huhu. Dulu tak ada, tapi start satu tahun tu dah buat, jadi berterusan sampai sekarang. Arwah atok aku tak sempat nak ambil gambar mcm ni sbb masa tu kami belum buat tradisi cenggini. huhu.

Hari Raya Pertama

Hari raya kedua ada kenduri kesyukuran sebab ayah chik baru naik rumah baru. Tumbang sekor lembu. Fuh penat jugak jadi tukang dapur, aku awal-awal lagi dah cop jadi tukang goreng ayam. hahaha. Senang, statik je kat situ. Tapi mencabar jugak kalau kuali dah besar kawah, ye laa untuk kenduri kan.. Bukan untuk masak biasa. Terpecik2 minyak kat tangan. Memang berpeluh-peluh abis serabai la time nih. Bila dah tengahari tu baru siap-siap boleh lawa skit. haha. Lawa la sangat. By the way kat bawah ni gambar aku adik-beradik. Semua perempuan. So mak aku akan dapat menantu lelaki semua. hihi.

Ramai orang kata muka kitorang sama mcm fotostat. Korang rasa? haha

Hari raya ketiga just open house kat rumah jiran nenek aku. Tiap-tiap tahun dia ada buat open house dan makanan dia tak pernah mengecewakan. hahaha. Dia lah jugak bestfriend nenek aku. Everytime nenek aku sakit or pergi masjid dia akan dtg melawat dan bawak nenek aku naik motor skali pergi masjid. Ok, and hari ray keempat, I just spend the whole day by attending wedding of my former classmate Fatin with her husband in Tumpat and then rest of evening with The Sixters, geng sekolah. Tapi tak cukup ahli pon sbb Ked ada kenduri. So just berlima je.
The Sixters


Well, raya tahun ni pon agak meriah tambah pula ayah chik ada kenduri. Rasa kejap je cuti walaupon dekat seminggu jugak kat rumah. Hari ahad dah balik Nilai and Isnin kerja. haha. Macam tu lah bila dah dewasa ni. Banyak tanggungjawap bak kata mak aku.

Ok till then, Selamat Hari Raya everybody..!

No comments: