Sunday, April 24, 2016

KILANG STORY 2 : CURI BARANG

Citer ni aku rasa kelakar. Haha. Ada satu minggu tu tiba-tiba kecoh bila store operator/forklift driver datang mengamuk kat office. 

"Air hilang, air hilang nih..!!" sambil menjerit-jerit marah kat staff office. "Awak semua baik bagi briefing sikit kat operator production tuh, jangan kurang ajar sangat!! Jangan ambik barang orang lain..! Kalau nak mintak laaa!"

Mula2 ingatkan finished goods yg hilang kena curi sebab kilang aku ni memang produce air pon. Aku pon nak naik angin skali kalau ada operator curi barang dalam warehouse. Lepas dia da tenang sikit kitorang tanya la air apa yg hilang? Kerani store aku pon dah kabut sebab tu bawah jagaan dia. Lepas tu si driver forklift ni jawap 

"Air kelapa saya lah...!!!! Tak sempat minum pon..Dia dah siap minum, ganti air lain pulak dalam bekas. Rasa air putih je tahu tak??!! Saya tak kira kalau saya dapat org tu saya SHOOOOOT je depan2 Boss pon..!!!!!!" Punyer la maghahh.... Lepas aku dengar jawapan dia tu...aku tepuk dahi. Ya Allah.... Ingat apaaaa la tadi. Air kelapa dia upenyer. Haduuuu.. Nak tergelak aku kat situ. Hahaha!

Tu kes air kelapa. Ada hari tu kes operator mengamuk sebab telur rebus nasik lemak kena curi. Mengamuk sakan la kawan niiiiiee nasik lemak tak cukup lauk. Memang kecoh la di kalangan operator. Padahal dia da letak dalam locker. Maybe sebab dia tak kunci.Yang si pencuri tu pon satu. Kalo nak amik, amik la semua. Ni curi telur rebus je memang menempah maut. Hahahhahaha. Tapi maybe dia pon ada hati perut kot. Amik semua lagi nanye. Berair mata aku tahan gelak.

Tapi bila fikir balik, bagi kita benda tu kecik je nilai tapi bagi diorang tu makanan yg diorang beli ngan duit sendiri. Hak diorang. Tak kira la besar atau kecik nilainya. Hmmm cuba bayangkan kalau barang kita kena curi. Dah lapar, penat kerja pastu nak makan lunch tengok-tengok makanan tu tak ada.. Memang la mengamuk.. Sampai ke hari ni identiti si pencuri masih belum dapat dikenal pasti. 

Sekian for kilang story.

No comments: