Friday, April 22, 2016

KILANG STORY 1 : RAGAM OPERATOR

Ada seorang QC operator ni, perempuan. Dia sangat bagus dalam kerja dia. Setakat ni tak ada lagi lah kesilapan yang dia buat. Ada suatu hari aku suruh la dia ni buat sample lab utk R&D sebab kerja tu sangat senang dan aku tak nak bazirkan masa aku untuk kerja yg kurang keutamaan macam tu. So siap lah sample tersebut. Dipendekkan cerita sample yang dia buat tak menepati macam boss aku nak, walaupon aku tahu bukan salah dia. Sample dalam lab tak akan mampu untuk menyamai actual product sebab equipment dalam lab ada limitation. Bukan macam machine sebenar dalam production. Tapi hanya untuk kepastian, aku panggil la QC operator tu tanya samada dia buat macam arahan aku. Dan dia jawap ya and aku okay je lah.

Tup-tup esoknya Assistant aku cerita  QC operator aku tu hantar mesej kat dia minta maaf dgn Nabila sebab dia ada buat salah, dia tak pandai, dia la bodoh, dia banyak buat silap blaa blaa bla… QC operator aku tu macam happy-go-lucky orangnya. Tapi hari tu memang dia terus diam dan tak pandang muka aku pon. Kira merajuk la ni. Padahal aku tak marah dia pon…Tanya je…mungkin suara aku masa tu agak tegas tapi betul aku tak marah sbb aku pon tahu dia tak salah.  Minta maaf? No. Because I’ve done nothing wrong. I have authority to question her work. And I don’t want her to get a wrong idea that she can play a trick on me.


Then 2-3 hari lepas tu aku suruh Assistant aku panggil dia masuk dalam lab untuk buat satu sample. Dia pon buat2 macam tak dengar, terus sambung dgn kerja biasa dia. Kemudian panggil lagi, datang lambat2… Jenuh aku tunggu kat lab tu. Kemudian dia datang, menyorok  belakang pintu lab tak nak masuk dalam. Aku panggil masuk tak nak. Last2 dia lari pergi sambung balik kerja dia.

BAAAAAAAAAAPAKKK LAAAAA…  Masa ni memang aku dah betul-betul naik angin. Kau ingat kau siapa nak merajuk ngan aku? Kau ingat kau comel merajuk macam tuh? Kau ingat aku ada masa nak layan rajuk kau tuh? 2-3 hari boleh laa…macam kelakar la jugak aku rasa. Ni dah sampai tahap ingkar arahan aku memang buat aku panas. Aku dah naik suara suruh Assist aku panggil dia balik masuk lab. Aku rasa macam berasap je tudung aku masa tuh. Last2 memang kenaaa laa dia ngan aku. Siapa suruh cari pasal? Dari aku tak marah, kau cakap aku marah patu kau merajuk sampai macam tu sekali, nah ambikkkk.. Kau nak aku marah kan?? Hmm. So ending nya memang aku marah dia. Dan aku tak kisah pon dia nak merajuk kea pa ke, janji kau buat kerja macam sepatutnya.


Hmmmmmm end of story, aku jugakk laa yang jahat nya kat sini,,, HAHAHAHAHAHAHA…

No comments: